SILIBUS BARU KPP: 22 jam belajar memandu

  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan silibus baru bagi Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) mulai Ogos nanti dengan beberapa penambahbaikan termasuk penambahan satu jam latihan memandu.
  • Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, silibus itu akan menggantikan modul yang digunakan sebelum ini selaras dengan hasrat melahirkan pemandu yang lebih berkualiti dan berkemahiran tinggi.
  • “Pelaksanaan silibus baru itu akan menyaksikan pertambahan jumlah jam latihan daripada 21 kepada 22 jam.

“Pertambahan jumlah jam latihan ini bukan untuk membebankan calon, tetapi memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran pemanduan yang tinggi, bukan calon yang boleh memberi risiko kepada pemandu lain atau diri sendiri kelak,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

  • Ismail berkata, KPP akan dikeluarkan dalam bentuk tiga buku seperti manual penguji kelas D Automatik, Kelas D Manual serta Motosikal yang memberi tumpuan kepada kategori lesen yang dipilih pelanggan.
  • “Sebelum ini, statistik calon yang lulus ujian lesen L hanya 45 peratus, namun selepas silibus baru diperkenalkan kita meletakkan sasaran supaya 75 peratus calon akan lulus ujian itu.
  • “Bukan setakat memperkenalkan silibus baru, malah ujian L yang akan diduduki calon juga akan diubah supaya tidak ada lagi soalan ujian KPP yang mengelirukan dan disediakan mengikut kategori lesen dipelajari mereka,” katanya.

JPJ akan melaksanakan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dikenali sebagai Sistem Berimpak Tinggi mulai April tahun depan bagi menyekat kegiatan lesen terbang pada peringkat tenaga pengajar dan pegawai penilai JPJ.

  • ketika ini sistem JPJ hanya menggunakan 10 peratus kemudahan ICT, sebelum diperluaskan kepada 80 peratus bagi membendung kegiatan itu.
  • “Ini kerana kaedah manual yang ada sekarang tidak mampu menghalang kegiatan pembelian lesen terbang, sekali gus menyukarkan kita mengesan siapa pemberi dan penerima rasuah.
  • “Pembangunan semula sistem pengkomputeran JPJ menerusi mySikap sedang dijalankan ketika ini untuk mengawal selia semua proses secara ICT membabitkan peringkat pendaftaran calon sehingga lesen dikeluarkan,” katanya.
  • Beliau berkata, ia juga akan dilengkapi sistem sistem pengimbas cap jari (biometrik) dan calon perlu melakukannya setiap kali keluar masuk di institut memandu.